Tindakan Occupy Wall Street

Laman web OccupyWallStreet.org berkata bahawa lebih daripada 100 penunjuk perasaan telah ditahan polis . Kesalahan mereka kononnya menganggu lalu lintas di jalan raya. Penghadang besi palang telah dibina disepanjang jalan agar perarakan tidak melimpah ke jalan raya. Setakat ini, selama dua minggu belum ada kejadian berdarah atau kehilangan nyawa. Mereka masih dikira teratur dan mahukan kedamaian.

Terdapat seorang polis bagi setiap dua penunjuk perasaan. Bilangan penunjuk perasaan di luar New York jauh lebih kecil. Taser dan belantan turut digunakan oleh polis NYPD. Pekerja tempatan perlu menunjukkan dokumen pengenalan ,barulah dibenarkan masuk ke dalam bangunan.Laluan bawah tanah ke Wall Street turut ditutup kepada orang luar.

Berkaitan